Khamis, 11 Mac 2010

10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG AKU SUKA

1)RONALDINHO

Ronaldinho tersenyum bangga bersama
trofi kemenangannye sebagai pemain
terbaik dunia dan eropah

Siape x kenal ngan abg Din nie..(ronaldinho) name manje dia kat Malaysia hihihi..sentiase tersenyum walaupun ketika marah ...al maklum lah kan, gigi diakan jongang tu pasailah nampak dia sentiase tersengih..hahaha..

Lihatlah gigiku yang mancung nie..

Beliau merupukan pemain yang lincah penuh dgn tipu muslihat dan bergaya..sampaikan lagenda tangan tuhan Diego Armando Maradona ckp dia merupakan pemain yang paling menghiburkan..mcm mane kita semua x terhibur..dia main penuh dgn skill yang menakjubkan..pas tu mempunyai kaki yang hebat..bila dia pas bola kat orang cantekkk jer..bila korang perhatikan betul2..Abg Din nie kalo nk pas bola kat member dia mesti dia pandang kat lain pas tu pas kat lain..contohnye..bila dia nak pas bola kat kiri mesti dia pandang kat kanan..kononnyer nak bagi org kelirulah kan..Abg Din nie penah menang dlm kejohanan piala dunia sekali jer waktu tahun 2002 kat Japan&Korea Selatan..Waktu tu memang name dia top lah dlm kejohanan world cup 2002..

tak paus hati..sebab ade orang lain
lebih panjang giginya
daripada beliau..hahahaha

Penah menang ketegori pemain terbaik Dunia 2 kali tu tahun 2004&2005..sekali menang pemain terbaik Eropah 2005..waktu dia main untk Barcelona FC..pehh memang power lah..tp skrg dia dah pindah kat AC Milan..main pon agak slow..biaselah dah gemok ckit..pas tu die suka enjoy sangat kat club2 malam dan badan dia pon dah gemok ckit..tu pasai dia punye prestasi permainan agak kurennggg ckit...

Marchisio (juventus) bergaduh ngan abg Din..
bleh menang ker..gigi dia dah lah panjang
kena gigit baru tau
....

Tp skrg nie dia dah mula insaf kot..permainan dia agak meningkat ckit..mungkin sebab dia nak join team brazil bila kejohanan piala dunia kat Afrika Selatan 2010 bermula..

Ronaldo dan Ronaldinho dlm
pasukan Brazil 2006


Aku harap sangat jurulatih Brazil c Dunga tu masukkan Ronaldinho dalam 22 senarai pemain dia utk beraksi di piala dunia 2010 nnti..

2)MESSI

Messi si kecik yang lincah..kehebatannya di tunggu2 oleh peminat pada World Cup 2010 Afirica Selatan nnti..

Nie dia sorang lagi pemain kecil licik pantas dan tangkas seperti cheeta..siape x kenal dgn Lionel Messi pemain kebangsaan Argentina dan Bercelona..mempunyai corak permainan ala2 Maradona..Messi selalu di kaitkan dgn kehebatan pemain lagenda tu...


Messi bersama idolanya Maradona
Messi telah menunjukkan kehebatannya sebagai pemain terbaik dunia..dan telah di nobatkan sebagai Pemain terbaik Dunia dan Eropah pada 2009..Dengan perbezaan yang jauh dari segi kutipan mata (1,073)dan mengalahkan Cristiano Ronaldo (352)yang jatuh ke tangga ke-2...Nampak sangat beliau nie hebat..jauh perbezaan tu kan kan kan..


Messi bersama Eto'o
tp Eto'o dah berpindah
ke Inter Milan.

Aku rasa Argentina ada peluang yang besar untuk menjadi juara Dunia di Afrika Selatan nnti yang di bimbing sendiri oleh Lagenda Argentina sendiri, x lain x bukan Diego Armando Maradona..


Martin Palermo Teves Aguero Messi

Mampukah mereka ini merobek dan menggegarkan gawang pasukan lawan nnti di Afrika Selatan 2010
kita nantikan..

Dengan gandingan mantap di bahagia serangan seperti Teves,Palermo,Messi dan Kun Aguero..pasti akan membuat pasukan lawan gelisah..jadi jaga2 lah kpd pasukan lawan yang akan bertembung dgn Argentina nnti..goog luck Messi and Argentina.


3)KAKA'

Kaka' salah seorang bintang yang di lahirkan oleh Brazil...juga pernah menjuarai piala dunia pada tahun 2002 bersama Ronaldinho..tetapi dia cuma bermain sebagai pemain gantian sahaja ketika itu.

Kaka' salah seorang perancang
utama bagi pasukan Brazil dan Real Madrid

Kaka juga seperti Messi dan Ronaldinho pernah di nobatkan selaku pemain terbaik dunia ketika bersama kelab lamanya iaitu AC Milan pada tahun 2007 dengan mengutip sebanyak (1047mata),dan di ikuti Messi sebanyak (504mata).di tempat ke-2

Kaka' bersama trofi pemain
terbaik dunia 2007

Kaka' seorang pemain yang pantas dan mempunyai pergerakan yang menakjubkan..kebanyakan gol yang dijaringi olehnye melalui rembatan kaki yang perlahan..seperti menolak bola saja..beliau merupakan permata berharga milik Milan akan tetapi telah di beli oleh Real Madrid dgn harga yang cukup tinggi..lebih kurang 60juta USD...

Ricardo Kaka' dulu Milan kini milik Real Madrid

Aku yakin Kaka' pasti dalam senarai pemain Brazil yang akan beraksi di Afrika Selatan nanti..beliau merupakan pemain perancang dan cukup pantas ketika berlari membawa bola bersam2nya,walaupun dia berlari sedikit longlai tidak bergaya seperti Cristiano Ronaldo membawa bola..akan tetapi dia tetap bertenaga.
Aku rasa Kaka' dan Brazil boleh memenangi piala dunia 2010 nanti..Brazil mempunyai pemain yang berbakat besar seperti Pato',Julio Cesar,Elano dan ramai lagi. Brazil masih tetap menjadi pasukan pilihan no1 untuk membawa pulang trofi piala dunia.


3)RONALDO

Ronaldo kepala botak dan bergigi besar..siape x kenal..pemain yang palaing banyak menjaringkan gol sebanyak 15Goal,sepanjang kejohanan piala dunia bermula dari tahun 1930 di Uruguay..tp dia stat main utk mewakili negaranya Brazil pada tahun 1998-2006..aku gerenti 2010 nie Ronaldo x de dlm senarai pilihan Dunga nie..


Ronaldo semakin gemok mcm garfild

Merupakan seorang pemain yang lincah,laju mcm lipas kudung, pas tu kalo kena bentes dek pemain lawan x de nak kecoh2..seorang yang x banyak ckp dan kerenah dlm padang..kerjaya Ronaldo nie mula terjejas waktu dia mengalami kecederaan di tempurung lutut waktu beraksi bersama kelab gergasi Italy,Inter Milan pada tahun 1997-1998..akan tetapi beliau bangkit dan berpindah ke Real Madrid dan beliau pernah di nobatkan sebanyak 3 kali selaku pemain terbaik dunia pada tahun 1996,1997,dan 2002 ketika menjulang kejuaraan piala dunia di Koera&Japan untuk pasukan Brazil.


Ronaldo bersama trofi sebagai
pemain terbaik dunia 2002..
abis terkeluar gigi kapak dia

Ketika beliau bermain di Madrid beliau bejaya bangkit menjadi bintang yag hebat bersama dlm pasukannya,di Madrid ,Ronaldo bergandingan bahu dgn bintang2 Galatikos seperti Zidane,Raul,Figo,Roberto Carlos dan juga David Beckham..

Kelab2 yang pernah di wakili Ronaldo dari kiri Inter Milan,Barcelona,Real Madrid, AC Milandan Corinthians

tp nasib Ronaldo makin buruk kerana kenaikan berat badan dan sentiasa berpesta membuatkan kerjayanya terjejas..Ronaldo berpindah ke AC Milan..

Senyuman manis Ronaldo ketika menjaringkan goal
untuk Brazil pada tahun 2006

tetapi kecederaan yang di alaminya ketika mewakili Inter kembali menghantui beliau..kini Ronaldo bermain utk Kelab di Brazil Copa Libertadores bersama Corinthians.
4)NEDVED
5)ZIDANE
6)ROBERTO CARLOS
7)FILIPPO INZAGHI
8)SHEVCHENKO
9)BECKHAM
10)SAMUEL ETO'O

Tiada ulasan:

Catat Ulasan